Maklumat Am

Maklumat Am

Pekan Lundu terletak di bahagia Barat Daya bahagian Kuching dan berdekaan dengan sempadan Kalimantan Barat Indonesia ( KALBAR). Keluasan Daerah Lundu ialah 1962 KM persegi dan untuk makluman terdapat sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Lundu iaitu Sematan. Populasi penduduk di sekitar pekan Lundu dianggarkan sebanyak 6600 orang dengan jumlah purata isi rumah sebanyak 1180. Di kawasan sekitar pekan Lundu terdapat beberapa kampung yang berdekatan iaitu, Kampung Sileng Melayu,Kampung Sileng Dayak,Kampung Dagang,Kampung Semunin,Kampung Stunggang Melayu Baru,Kampung Sungai Lundu,Kampung Seketi dan Kampung Pulo Air. Kaum yang terbesar di kawasan Pekan Lundu ini ialah kaum Melayu diikuti dengan kaum Iban,Cina,Bidayuh dan sebagainya.

 

Jarak Pusat Pekan Lundu daripada kawasan-kawasan yang berikut:

1) Bandaraya Kuching – 100KM

2) Daerah Bau – 70 KM

3) Pekan Sematan – 28 KM

4) Pekan Biawak (Sempada Indonesia) – 26KM