| TARIKH | : 12 Januari 2025 |
| MASA | : 09.30 AM – 11.00 AM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 02 Orang |
TUJUAN
NADI Mahir ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta dalam pelbagai bidang seperti masakan, jahitan, fotografi dan pertanian. Program ini bertujuan membangunkan pengetahuan, kemahiran teknikal serta kreativiti peserta agar mereka mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan harian mahupun sebagai peluang menjana pendapatan.
Melalui gabungan sesi teori dan amali, peserta dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman untuk menguasai asas kemahiran, teknik terkini, serta amalan terbaik dalam setiap bidang yang dipelajari. Kelas ini turut memupuk sikap berdikari, daya inovatif, dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.
Secara keseluruhannya, kelas kemahiran ini berperanan sebagai platform pembangunan diri yang menyeluruh, sekaligus menyokong usaha melahirkan individu yang lebih berdaya saing, produktif dan berpotensi dalam pelbagai bidang kemahiran.
AKTIVITI
Para peserta telah diperkenalkan dengan silibus atau topik yang bakal dijalankan sepanjang kelas Mahir Intake 3 ini berlangsung.