NADI WELLBEING : MRIC REACH @ NADI LUNDU
| TARIKH | : 04 Ogos 2025 |
| MASA | : 09.00 AM – 03.00 PM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
Tujuan
NADI Wellbeing dilaksanakan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesejahteraan diri secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi. Aktiviti ini bertujuan membantu individu mengurus tekanan, meningkatkan keyakinan diri, serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai pendekatan seperti senaman ringan, saringan kesihatan kendiri, pengurusan emosi, perancangan pemakanan sihat dan perkongsian motivasi, peserta dapat mempelajari cara mengekalkan keseimbangan hidup yang positif dan produktif.
Secara keseluruhannya, NADI Wellbeing ini menjadi platform penting untuk memperkasakan kesedaran kendiri, membina daya tahan diri, serta mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, harmoni dan sejahtera.
Aktiviti
Dalam program khas ini, petugas kesihatan yang bertauliah telah melakukan saringan kesihatan secara percuma di NADI Lundu. Program ini adalah untuk menggalakkan peserta untuk mengambil berat tahap kesihatan mereka sekaligus memastikan meningkatkan taraf hidup masyarakat
KOMUNITI MADANI – KAMPUNG SEBANDI HULU
| TARIKH | : 06 Ogos 2025 |
| MASA | : 11.00 AM – 12.00 PM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 10 Orang |
Tujuan
Program ini merupakan inisiatif kerajaan yang melibatkan ahli Komuniti Madani yang terpilih dan kolaborasi bersama Jabatan Penerangan Negara (JAPEN).
Aktiviti
Pada sesi kali ini, para peserta telah didedahkan dengan penggunaan MyDigital ID dalam urusan dalam talian yang melibatkan agensi kerajaan dan semua peserta telah mendaftar MyDigital ID di NADI Lundu
SARINGAN MOBILE LEGEND (MLBB) MUSIM KE-3
| TARIKH | : 09 Ogos 2025 |
| MASA | : 09.00 AM – 04.00 PM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
Tujuan
Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Program Inovatif ini adalah satu Inisiatif untuk mengintegrasikan keseronokan dalam permainan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk Pemikiran Strategik dan Kemahiran Kendiri disamping membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan mewujudkan Jaringan Komunikasi antara peserta di seluruh Malaysia.
Aktiviti
NADIPRENEUR : USAHAWAN COHORT 4
| TARIKH | : 14 Ogos 2025 |
| MASA | : 10.00 AM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 4 Orang |
Tujuan
NadiPreneur merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta tentang aspek penting dalam dunia perniagaan. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada pengetahuan asas keusahawanan merangkumi pembangunan idea perniagaan, pengurusan operasi, strategi pemasaran, pengurusan kewangan, serta penggunaan teknologi digital dalam perniagaan masa kini.
Aktiviti
KOMUNITI MADANI – KAMPUNG SEKETI CINA
| TARIKH | : 21 Ogos 2025 |
| MASA | : 11.00 AM – 12.00 PM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 10 Orang |
Tujuan
Program ini merupakan inisiatif kerajaan yang melibatkan ahli Komuniti Madani yang terpilih dan kolaborasi bersama Jabatan Penerangan Negara (JAPEN).
Aktiviti
Pada sesi kali ini, para peserta telah didedahkan dengan penggunaan AI seperti ChatGPT, Microsoft Co-Pilot dan Suno
NADI MAHIR – SLS MAHIR FOTO : CONTENT POWER DENGAN TELEFON
| TARIKH | : 22 Ogos 2025 |
| MASA | : 09.00 AM – 10.00 AM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 3 Orang |
Tujuan
NADI Mahir ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta dalam pelbagai bidang seperti masakan, jahitan, fotografi dan pertanian. Program ini bertujuan membangunkan pengetahuan, kemahiran teknikal serta kreativiti peserta agar mereka mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan harian mahupun sebagai peluang menjana pendapatan.
Melalui gabungan sesi teori dan amali, peserta dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman untuk menguasai asas kemahiran, teknik terkini, serta amalan terbaik dalam setiap bidang yang dipelajari. Kelas ini turut memupuk sikap berdikari, daya inovatif, dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.
Secara keseluruhannya, kelas kemahiran ini berperanan sebagai platform pembangunan diri yang menyeluruh, sekaligus menyokong usaha melahirkan individu yang lebih berdaya saing, produktif dan berpotensi dalam pelbagai bidang kemahiran.
Aktiviti
Para peserta telah mempelajari tips tentang menghasilkan content sosial media dan kelas ini telah disiarkan secara langsung.
NADI E-SUKAN : INTRODUCTION TO CONCEPTUAL DESIGN
| TARIKH | : 23 Ogos 2025 |
| MASA | : 09.00 AM – 01.00 PM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 2 Orang |
Tujuan
Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Program Inovatif ini adalah satu Inisiatif untuk mengintegrasikan keseronokan dalam permainan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk Pemikiran Strategik dan Kemahiran Kendiri disamping membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan mewujudkan Jaringan Komunikasi antara peserta di seluruh Malaysia.
Aktiviti
Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai tips dan ilmu dalam mencipta karikatur atau character permainan video atau kartun dari tenaga pengajar yang berpengalaman
KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK HOLY NAME
| TARIKH | : 26 Ogos 2025 |
| MASA | : 08.00 AM – 10.00 AM |
| LOKASI | : SK. Holy Name |
Tujuan
Kempen Internet Selamat ini memberi tumpuan kepada golongan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun dengan tujuan mendidik mereka tentang penggunaan internet secara bijak, beretika dan selamat. Kempen ini menekankan kepentingan melindungi maklumat peribadi, mengelakkan interaksi dengan individu yang mencurigakan, serta menjauhi kandungan tidak sesuai.
Selain itu, ia turut menggalakkan amalan baik seperti mengehadkan masa penggunaan gajet, memanfaatkan internet untuk pembelajaran, dan melaporkan sebarang kejadian buli siber atau gangguan dalam talian kepada ibu bapa atau pihak berwajib.
Secara keseluruhannya, kempen ini berperanan membentuk generasi muda yang celik digital, berwaspada, serta mampu menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti
NADI Kluster Lundu telah mengadakan program Kempen Internet Selamat secara bersemuka bersama pelajar Tahap 2 SK Holy Name
KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK PUGU
| TARIKH | : 28 Ogos 2025 |
| MASA | : 08.00 AM 10.00 AM |
| LOKASI | : SK. Pugu |

NADI X CYBERSECURITY : KEBENARAN MENAKUTKAN DISEBALIK DARK WEB
| TARIKH | : 28 Ogos 2025 |
| MASA | : 03.00 PM – 04.00 PM |
| LOKASI | : NADI Lundu |
| JUMLAH PESERTA | : 3 Orang |
Tujuan
NADI x Cybersecurity ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai ancaman keselamatan dalam dunia digital. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti kepentingan melindungi data peribadi, kaedah mengenal pasti serangan siber seperti phishing, malware dan scam, serta langkah pencegahan yang berkesan untuk mengurangkan risiko keselamatan.
Selain itu, program ini turut menekankan amalan terbaik dalam penggunaan teknologi maklumat, termasuk pengurusan kata laluan yang selamat, kepentingan kemas kini perisian, serta tatacara penggunaan internet yang beretika. Sesi interaktif yang dijalankan membolehkan peserta memahami secara praktikal cara melindungi diri dan organisasi daripada ancaman siber yang semakin kompleks.
Secara keseluruhannya, program ini berperanan sebagai platform untuk meningkatkan tahap celik digital masyarakat, membina budaya keselamatan siber, serta melahirkan pengguna teknologi yang lebih peka, berwaspada dan bertanggungjawab dalam era digital masa kini.
Aktiviti
Para peserta telah menghadirkan diri ke NADI Lundu untuk mengikuti webinar yang dijalankan secara dalam talian