mcmc
Berita Setempat

Berita Setempat

SUNGAI BATANG KAYAN BERKOCAK LAGI 

     Pesta Lundu 2017 dan Regatta Sungai Batang Kayan belansung pada 25 hingga 27 Ogos 2017 di Pekan Lundu. Ini merupakan salah satu acara tahunan yang di tunggu-tunggu oleh penduduk di Daerah Lundu malah penduduk dari luar kawasan Lundu juga ramai berkunjung bagi memeriahkan lagi suasana. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan iaitu sudah pasti perlumbaan Reggata atau “Lombak Perauk” yang diadakan di Sungai Batang Kayan Lundu sememangnya telah mendapat sambutan daripada penduduk tempatan mahupun luar yang sama-sama berentap untuk mendapatkan gelaran Raja Sungai Batang Kayan.

     Selain itu antara aktiviti yang menarik juga ialah, pertandingan Puteri Glam (ratu cantik), Street Soccer, pertandingan memasak, pertandingan memancing udang, Ekspo Usahawan Risda, Kempen Penunggang Bijak Menyelamatkan Nyawa, Kejohanan Muaythai Piala YB Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu, perahu berhias,persembahan-persembahan pentas dan sebagainya. Terdapat juga banyak usahawan yang berniaga makanan, barangan dan sebagainya menjadi tarikan pengunjung yang hadir kerana ada dalam kalangan mereka datang nya dari jauh dan menjual makanan yang ada di kawasan mereka ke sini.